FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Sebanyak 15 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang mendesak Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr P Ramasamy membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana mengelar Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ dalam satu sidang media di Sungai Nibong hari ini.

Pengerusi NGO Dakwah Pulau Pinang, Mohd Yusni Ghazali berkata, tindakan biadap yang dilemparkan seorang pemimpin negeri sehingga sanggup menghina penceramah itu termasuk mencadangkan Dr Zakir dihalau keluar dari Malaysia amat dikesali dan mengecewakan.

Katanya, biarpun pada 11 April lalu beliau telah meminda kenyataan dan memadamkan terus dari akaun Facebook namun tindakan itu mendapat kritikan negatif daripada ramai pihak.

"Pihak Gabungan NGO Dakwah Pulau Pinang mengecam tindakan Ramasamy dan mengesa satu permohonan maaf secara terbuka dibuat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 12:47 PM