GAMBAR hiasan. FOTO ARKIB NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO ARKIB NSTP
Nur Izzati Mohamad


Bukit Mertajam: Padah melakukan 'dine in' melebihi masa ditetapkan menyebabkan 16 lelaki yang mengunjungi sebuah restoran di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, di sini, dikenakan kompaun RM2,000 seorang.

Perbuatan itu terbongkar selepas polis memeriksa premis itu pada 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pemeriksaan mendapati terdapat 16 pengunjung lelaki didapati melakukan aktiviti tidak dibenarkan iaitu 'dine ini' melebihi masa ditetapkan.

"Oleh itu, semua mereka ditahan sebelum masing-masing dikenakan RM2,000.

"Pengusaha premis yang juga seorang wanita dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shafee berkata, pengunjung dan pengusaha premis itu didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 26 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan jangkitan) 2021.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas pengusaha premis makanan dan orang awam yang melanggar undang-undang serta SOP ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 8:47 PM