AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) bersama Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan. FOTO Bernama
AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) bersama Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Setakat ini, enam Ahli Parlimen sudah memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, berhubung perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen lain berhubung isu itu mengikut masa yang sesuai.

"Mereka ini akan dipanggil pada setiap hari," katanya kepada Bernama.

Isnin lalu, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan Covid-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan oleh pihak polis.

Berita berkaitan:


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 8:57 PM