Azmizam Zaman Huri
Azmizam Zaman Huri
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang menguruskan jenazah pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akur dengan arahan badan bukan kerajaan tidak dibenarkan menguruskan jenazah terbabit mulai bulan ini.

Difahamkan mulai bulan ini, hanya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dibenarkan menguruskan jenazah pesakit Covid-19 di negeri itu.

Penaung UKVJ yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri menerusi hantaran di Facebook berkata, pihaknya mula menguruskan jenazah pesakit Covid-19 sejak 18 Mei lalu atas permintaan waris dan semua pengurusan adalah percuma kecuali bayaran wang bagi kubur.

"Saya menerima panggilan daripada kakitangan HTAR memaklumkan beliau menerima arahan daripada Jais bahawa UKVJ tidak dibenarkan menguruskan jenazah p esakit Covid-19 di HTAR dan kami akur dengannya.

"Saya sendiri memaklumkan kepada Pengarah Jais menerusi WhatsApp serta turut menyertakan laporan ringkas pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang diuruskan UKVJ sebelum ini.

"Saya mewakili UKVJ juga mengucapkan terima kasih kepada Pengarah HTAR yang memberi peluang kepada UKVJ untuk sama berjuang mendepani cabaran pandemik Covid-19," katanya.

Menurutnya, UKVJ turut mendoakan agar Jais berjaya menguruskan jenazah pesakit Covid-19 di HTAR dengan segera serta dapat menenangkan emosi waris yang tidak stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Ogos 2021 @ 4:48 PM