PELANGGAN restoran di pusat beli belah di Kota Kinabalu pada 29 Jun lalu. Kebenaran pelanggan makan di dalam restoran dan kedai makan selaras dengan keputusan kerajaan negeri yang membenarkan aktiviti berkenaan ketika fasa pertama PPN yang dikuatkuasakan 29 Jun lalu. FOTO arkib NSTP

Izwan Abdullah

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah kekal dengan keputusan membenarkan makan di dalam restoran dan kedai makan di negeri ini dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, dalam kenyataannya hari ini berkata, ia selaras dengan keputusan kerajaan negeri yang membenarkan aktiviti berkenaan ketika fasa pertama PPN.

"Arahan untuk membenarkan aktiviti itu dikuatkuasakan kerajaan negeri pada 29 Jun lalu berikutan pelaksanaan PPN Fasa Satu dan ia masih berkuatkuasa. Ini pendirian kita," katanya.

Menerusi keputusan kerajaan negeri sebelum ini, beberapa aktiviti sosial diberi kelonggaran termasuk makan di restoran dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal sepanjang lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah PPN yang bermula 29 Jun lalu.

Sabah memasuki fasa dua PPN mulai hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 11:38 AM