Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Semua kilang minuman keras di seluruh negara diarah tutup serta-merta.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hari ini bersetuju supaya kilang terbabit ditutup seperti mana sektor perkilangan lain.

"Semua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategeri sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

"Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

Terdahulu, tular di media sosial surat kebenaran operasi bagi kilang minuman keras sepanjang tempoh Sekatan Penuh Pergerakan (SPP) yang berkuat kuasa hari ini.

Surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) itu mengesahkan pendaftaran syarikat berkenaan di dalam sistem MITI – Covid-19 Intelligent Management Sistem (CIMS 3.0) di bawah sektor makanan dan minuman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Jun 2021 @ 6:14 PM