Muhammed Fairus didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan insuran kemalangan jalan raya palsu. FOTO BALQIS JAZIMAH ZAHARI
Muhammed Fairus didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan insuran kemalangan jalan raya palsu. FOTO BALQIS JAZIMAH ZAHARI
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan insurans kemalangan jalan raya palsu dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammed Fairus Mohammad Ali Rominidass, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan, Muhammed Fairus didakwa cuba menipu syarikat Zurich Insurance Malaysia Bhd iaitu memperdaya pihak syarikat dengan mengemukakan tuntutan insuran kemalangan jalan raya yang didapati palsu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di syarikat Zurich Insurance Malaysia Bhd Wisma MAA 65 Persiaran Greenhill di Ipoh pada 8 Mei 2019.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun berserta dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Noor Azreen Liana kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Fatimah Hannah Abd Wahab manakala tertuduh diwakili peguam bela, Jagdave Singh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Mei 2021 @ 12:13 PM