GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 15 kluster baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negara ini sebanyak 2,060 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kluster baharu itu, empat kluster di Selangor manakala tiga di Johor dan masing-masing satu di Kelantan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sabah, Perak, Pahang serta Sarawak.

Katanya, terdapat 10 kluster berkaitan tempat kerja manakala empat kluster komuniti dan satu kluster keagamaan.

"Kluster tempat kerja adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Setia Dagang yang merekodkan tujuh kes positif Covid-19, Jalan Enam Selatan 1A (18 kes), Jalan Cemerlang Elektrik (18) dan Tasek Raja (34).

"Selain itu, Kluster Jalan Segambut Lentang (24), Perusahaan Maju Enam (9), Dah Charok Bemban (34), Kalabakan Selatan (22), Industri Kledang Satu (21) dan Sungai Isap Perdana (60)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kluster komuniti pula, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 24 kes positif dilaporkan dalam Kluster Jalan Tahir Manan manakala Jalan Dato Permaisuri merekodkan 31 kes, Jalan Selendang (12) dan Jalan Sekuntum (17).

Beliau berkata, kluster keagamaan membabitkan Kluster Desa Pinggiran Putra yang merekodkan 18 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 7:32 PM