GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 24 kluster baharu berkaitan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 2,025 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sembilan kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, enam kluster keagamaan dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Menurutnya, lima kluster dilaporkan di Johor, masing-masing empat kluster di Selangor, Pulau Pinang, masing-masing dua kluster di Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kelantan serta masing-masing satu kluster di Terengganu, Sabah, Melaka juga Kedah.

"Kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Kempas Dua sudah merekodkan sebanyak 68 kes positif manakala Kluster Persiaran Cassia Selatan Dua (56), Kluster Jalan Bukit Puchong (38), Kluster Jalan Enam Selatan (31).

"Kluster Industri Bukit Minyak (28), Kluster Kemuning Tujuh (26), Kluster Jalan Kilang Ubi (16), Kluster Perindustrian Lima (15) dan Kluster Jalan Putra (13)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, kluster komuniti iaitu Kluster Simpang Juasseh merekodkan 54 kes positif manakala Kluster Jarum Laut (38), Kluster Bukit Temedak (30), Kluster Kampung Paroh (26), Kluster Jalan Mangga (14), Kluster Kampung Jakar (10), Kluster Taman Sourabaya Indah (9) dan Kluster Kampung Panggong (8).

"Bagi kluster keagamaan pula, seramai 71 individu dikesan positif dalam Kluster Permai Sejahtera, Kluster Terendak Permai (27), Kluster Dah Seri Perigi (21).

"Kluster Taman Majupadu (15), Kluster Jalan Desa Satu (12) dan Kluster Parit Dato Onn (11)," katanya.

Katanya, satu-satunya kluster kumpulan berisiko iaitu Kluster Jalan Temiang dilaporkan di Seremban, Negeri Sembilan yang mana seramai 13 individu sudah disahkan positif setakat ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 7:53 PM