SEKITAR suasana dan reaksi orang awam menjalani ujian saringan Covid-19 di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka. FOTO SYAFEEQ AHMAD
SEKITAR suasana dan reaksi orang awam menjalani ujian saringan Covid-19 di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka. FOTO SYAFEEQ AHMAD
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 22 kluster baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negara ini sebanyak 2,082 kluster dengan 593 kluster aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kluster baharu itu, terdapat 13 kluster berkaitan tempat kerja, enam kluster komuniti dan tiga kluster keagamaan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lima kluster di Johor manakala empat kluster di Selangor, Pulau Pinang (3), Pahang (3), Kelantan (2), Sabah (2), Sarawak (2) dan Perak (1).

"Kluster tempat kerja yang dilaporkan hari ini adalah Kluster Kampung Tun Abdul Razak yang merekodkan sembilan kes positif Covid-19, Jalan Bersatu (11), Meranti Jaya 2 (23), Jalan Sukma (10), Jalan Bukit Satu (7) dan Jalan Satu Ayer Hitam (13).

"Selain itu, Kluster Jalan Tengar Industri (8), Jalan Temenggung Dua (27), Industri Zon Dagang Satu (79), Perusahaan Maju Sepuluh (25), Jalan Cassia Selatan Lima (39), Jalan IKA (37) dan Industri Kampung Tersang (15)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kluster komuniti pula, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 21 kes positif dilaporkan dalam Kluster Kampung Semerah Padi manakala Bandar Lama Machang merekodkan lapan kes, Kampung Kenjong (13), Sungai Pukul (18), Delima Raya (36), Kauran Durok (12).

Beliau berkata, kluster keagamaan membabitkan Kluster Lestari Mewah yang merekodkan 11 kes positif Covid-19 selain 19 kes dalam Kluster Jalan Harmoni Utama dan 21 kes dalam Kluster Chat Lipis.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 8:15 PM