GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 32 kluster baharu di 11 negeri, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kluster yang dikesan membabitkan 21 tempat kerja.

Katanya, tujuh kluster komuniti, dua Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan dua kumpulan berisiko tinggi.

"Kluster tempat kerja membabitkan empat di Selangor iaitu Industri Teratai merekodkan 255 kes Covid-19, Industri Jalan Sungai (164), Industri Jalan Bangi (159) dan Jalan TTP Satu (26).

"Di Kuala Lumpur pula Tapak Bina Jalan Merah Caga (105), Tapak Bina Jalan Gading (73), Jalan Wangsa Delima (20) dan Jalan Medan Bunus (14)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster tempat kerja lain di Johor pula adalah Teknologi Senai 21 (32), Jalan NIP Industri (21) dan Tapak Bina Raya (17).

"Di Pulau Pinang pula kluster Persiaran Cassia Selatan Tujuh (26), Jalan Permatang Pauh (12), Industri Perai Lapan (12) manakala di Melaka pula adalah Industri TunasBaru (44) dan Angkasa Nuri (27).

"Kluster tempat kerja di Pahang pula adalah Industri 3/5 Temerloh (23) dan Kuala Tahan (18) manakala di Kedah, Sarawak dan Sabah masing-masing satu iaitu Dah Perusahaan Lima Industri Kulim (118), Jalan Demak Laut (30) serta Kuril (12)," katanya.

Beliau berkata, kluster dalam komuniti pula membabitkan tiga di Johor iaitu Jalan Cenderai Sembilan (14), Putri Fasa Enam (14) dan Jalan Permas Lapan (11) manakala di Kelantan, Kampung Kuala Gel (14), Kebun Lama di Sabah (27), Abu Bengang di Sarawak (131) dan Padang Pulut di Terengganu (48).

"Kluster Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPM pula adalah Jalan GC Satu di Selangor (20) dan Jalan Dwitasik Satu di Kuala Lumpur (9).

"Kluster kumpulan berisiko tinggi pula adalah di Dah Kempas, Kedah (57) dan Taman Kok Doh, Kuala Lumpur (9)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 8:02 PM