GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Sebanyak 37 kluster baharu berkaitan Covid-19 dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di 10 negeri, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kluster yang dikesan membabitkan tempat kerja.

Katanya, lapan kluster berkaitan komuniti, empat kluster pusat tahanan dan masing-masing tiga kluster kumpulan berisiko tinggi serta pendidikan.

"Kluster tempat kerja adalah Kluster Satu Lagenda yang merekodkan 39 kes positif Covid-19; Tapak Bina Jalan Lagong (37); Jalan Mayang Pasir (33); Industri Alam Jaya Tiga (31); Lorong Baiduri Satu (27); Industri Lot Satu (26); Lorong Gemia (24); Jalan Mahkota Kuantan (21); Jalan Setiawangsa 11 (20); Persiaran Cassia Selatan Satu (17).

"Lorong IKS Juru Tiga (16); Wakaf Che Yeh (16); Industri Jalan Rukun Dua (14); Setapa (13); Jalan Gunung 32 (12); Jalan Chengal Temerloh (12); Seksyen 11 Jalan Maju (10); Jalan Lok Heng (10) dan Persiaran SIBC Satu (8)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kluster komuniti adalah Kluster Jalan Bangsar yang merekodkan 131 kes, Tok Jiring (33); Lempaong (31); Kampung Alor Hijau (25); Bukit Tinggi (21); Kampung Lubuk Pusing (21); Kampung Kukup (18) dan Terusan Utama (16).

Menurutnya, empat kluster pusat tahanan iaitu Bakti 2 membabitkan 402 kes manakala Kolam Air 2 (94 kes); Tembok Choh 3 (79 kes) dan Tembok Tawakal Kluang (49).

Selain itu, katanya masing-masing tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan dilaporkan di Selangor, Sabah, Johor, Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

Kluster terbabit adalah Batu Tujuh Jalan Kebun (55); Pekan Ranau (15); Mahkota Batu 19 (6); Jalan Pulai Indah 27 (14); Jalan Cengal Selatan (13) dan Putra Bertam (11).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Julai 2021 @ 8:14 PM