Foto hiasan
Foto hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini membabitkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu kluster pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama dikesan ialah kluster tempat kerja yang dikenali sebagai Kluster Tapak Bina Persiaran Setia di Selangor.

"Selain itu, turut dikesan ialah Kluster Tapak Bina Sunsuria di Selangor, Kluster Jalan Wawasan Sembilan di Johor, Kluster Melamam di Sabah dan Kluster Jalan Asuhan di Perak.

"Kluster komuniti yang dikesan pula membabitkan Kluster Sungai Atal di Sarawak, Kluster Kampung Padang Tembak di Sabah dan Kluster Bunga Tanjung Bendahara di Kedah.

"KKM turut mengesan satu kluster pusat tahanan iaitu Kluster Depot Imigresen Semuja di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, terdapat 10 kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Kampung Jawek, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Gemilang Lima, Kluster Kampung Tandak, Kluster Gong Nering, Kluster Taman Mahkota Impian, Kluster Matambai, Kluster Kejuruteraan Subang Baru, dan Kluster Tapak Bina Jalan Valdor.

"Kluster yang mencatatkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Depot Imigresen Semuja (99 kes), Kluster Jalan Wawasan Sembilan (47 kes) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (32 kes).

"Sebanyak 428 kluster dikesan masih aktif setakat ini dan 848 kluster tamat sehingga hari ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mac 2021 @ 6:15 PM