GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu membabitkan 10 kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu kluster komuniti, pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 kluster tempat kerja itu adalah Jalan Bursa, Jalan Kepong, Jalan Tropicana, Jalan Bursa Selangor, Jalan Tiga Belas, Jalan Baru Pulau Pinang, Tapak Bina Persiaran Mutiara Pulau Pinang, Jalan Jinjang, Jalan Senai Utama, Teknologi Lot Enam dan Guntong Dalam.

Menurutnya, Kluster Pengkalan Teras Terengganu pula membabitkan Komuniti, Tembok Tapah Perak dari Pusat Tahanan serta Jalan Cheras membabitkan Kumpulan Berisiko Tinggi.

"Kluster Jalan Bursa membabitkan daerah Petaling dan Klang di Selangor dengan 22 kes dikesan setakat ini.

"Kluster Jalan Kepong pula membabitkan daerah Kuala Selangor di Selangor dengan 23 kes dikesan positif Covid-19 setakat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Jalan Tiga Belas membabitkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor dengan 11 kes dilaporkan setakat ini.

"Kluster Jalan Cheras pula membabitkan daerah Hulu Langat di Selangor dengan 24 kes dikesan setakat ini.

"Kluster Jalan Tropicana pula membabitkan daerah Petaling, Selangor dengan 25 kes dilaporkan positif Covid-19," katanya.

Beliau berkata, Kluster Jalan Senai Utama pula membabitkan daerah Kulai di Johor dengan 131 kes positif Covid-19 setakat ini.

"Kluster Jalan Jinjang membabitkan daerah Kepong di Johor di mana 12 kes dikesan setakat ini.

"Kluster Tapak Bina Persiaran Mutiara pula dari daerah Timur Laut di Pulau Pinang yang mana 14 kes dilaporkan positif Covid-19 setakat ini," katanya.

Katanya, Kluster Jalan Baru pula membabitkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang di mana 22 kes dikesan positif Covid-19.

"Kluster Guntong Dalam membabitkan daerah Setiu dan Besut di Terengganu di mana 43 kes dikesan setakat ini.

"Kluster Pengkalan Teras pula membabitkan daerah Besut di Terengganu yang mana 29 kes dilaporkan positif Covid-19 setakat ini," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, Kluster Teknologi Lot Enam membabitkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka yang mana 24 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

"Kluster Tembok Tapah membabitkan daerah Batang Padang di Perak yang mana 64 kes dikesan positif Covid-19," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2021 @ 6:39 PM