GAMBAR hiasan. FOTO ihsan JPBN
GAMBAR hiasan. FOTO ihsan JPBN
Mohd Roji Kawi


Kuching: Banjir gelombang kedua yang melanda dua daerah di negeri ini sejak Sabtu lalu semakin pulih hari ini dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka, hari ini.

Sehingga 8 pagi tadi, PPS di Dewan Baru Kampung Rimba Padi di Serian itu menempatkan 49 mangsa daripada 18 keluarga.

Tiga lagi PPS iaitu di Dewan Kampung Lintang Baru dan Dewan Kampung Betong Kanowit di daerah Serian serta Dewan Masyarakat Lubok Buntin di Simunjan dalam daerah Samarahan ditutup semalam.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada di 10 bahagian negeri ini yang diramal menerima hujan lebat sehingga Jumaat ini.

Bahagian terbabit ialah Kuching, Serian, Samarahan,Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.

Sehubungan itu, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan menyimpan barangan penting di tempat selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2021 @ 10:44 AM