Petugas kesihatan di lokasi kejadian pekerja restoran maut selepas melanggar babi hutan di  Kilometer 59 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Tapah tengah malam tadi. Foto Ihsan PDRM
Petugas kesihatan di lokasi kejadian pekerja restoran maut selepas melanggar babi hutan di Kilometer 59 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Tapah tengah malam tadi. Foto Ihsan PDRM
Rosman Shamsudin

Tapah: Pekerja restoran maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor babi hutan di Kilometer 59 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, pada tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada 12.05 tengah malam itu, mangsa yang berkerja di sebuah restoran dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara, Muhammad Rasidi Shamsuddin, 35, disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dekat Taman Desa Damai, Bidor.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian secara tiba-tiba seekor babi hutan melintas dan mangsa gagal mengelak lalu melanggarnya sebelum terbabas.

"Mayatnya dihantar Unit Forensik Hospital Tapah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 10:24 AM