SEORANG penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas lalu terjatuh di atas jalan sebelum digilis sebuah lori pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
SEORANG penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas lalu terjatuh di atas jalan sebelum digilis sebuah lori pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
Rosman Shamsudin


Tapah: Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya sebelum digilis lori di Kilometer 57 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi , M Sarasa, 50, beralamat FELDA Trolak Utara, Sungkai itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal Honda Wave dalam perjalanan ke arah Ipoh.

"Tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan dan terbabas lalu mangsa terjatuh di atas jalan raya.

"Sebuah lori tanpa muatan yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 67 tahun dari arah sama gagal mengelak dan menggilis mangsa," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Wan Azharuddin berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 12:21 PM