SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia. FOTO arkib NSTP
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggantung sementara perkhidmatan talian khidmat pelanggan dan kaunternya bermula hari ini hingga ke suatu tarikh dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataan dikeluarkan tadi, penggantungan itu membabitkan talian 1800 188 030 dan kaunter aduan di semua pejabat MCMC dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan waspada susulan penularan Covid-19.

Bagaimanapun orang ramai masih boleh menyalurkan aduan melalui https://aduan.skmm.gov.my, e-mel ([email protected]) atau WhatsApp (016 – 220 6262) dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat).

"MCMC sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pihak awam serta pekerjanya. Segala kesulitan amat dikesali," demikian menurut kenyataan itu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 2:41 PM