GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Asrol Awang

Kuantan: Jumlah mangsa banjir di daerah Maran merekodkan 44 individu daripada 13 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Jara, Kuala Sentul, Maran, setakat 5 petang ini.

Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu menunjukkan penambahan mangsa berbanding 32 mangsa daripada lapan keluarga, pada 10 pagi hari ini.

"Seramai 12 mangsa daripada lima keluarga mula berpindah ke PPS Balai Raya Kampung Jara pada 12 tengah hari tadi," katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa daerah di Pahang, esok.

Ia membabitkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala amaran cuara waspada pula di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera sehingga Isnin.

Angin kencang melebihi 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pahang.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai.

Menurut infobanjir.water.gov.my pula memaklumkan air Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di sini melepasi paras bahaya iaitu 29.65 meter (m) berbanding paras ditetapkan 29.25 m setakat 3 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 6:26 PM