FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Nurul Amanina Suhaini


Johor Bahru: Menara Hasil Johor Bahru ditutup sementara bagi proses sanitasi, esok.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerusi kenyataan memaklumkan sebarang urusan percukaian boleh dilakukan secara dalam talian.

"Menara Hasil Johor Bahru akan ditutup sementara pada 20 Disember bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

"Dalam tempoh ini, pelanggan dinasihatkan untuk melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian.

"Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), selain HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 12:34 PM