KARIP Mohd Salleh menunjukkan projek contoh penanaman halia muda oleh FELDA di FELDA Jaya Selatan. STR/ABNOR HAMIZAM
KARIP Mohd Salleh menunjukkan projek contoh penanaman halia muda oleh FELDA di FELDA Jaya Selatan. STR/ABNOR HAMIZAM
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Wilayah Felda Raja Alias di sini, bakal menjadi lembah halia muda negara menerusi projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) diperkenalkan Felda.

Ketua Peneroka Negeri Sembilan Karip Mohd Salleh berkata, projek itu membabitkan tanah seluas 40 hektar di Felda Jaya Selatan.

Katanya, 10 koperasi Felda terpilih bagi mengusahakan tanaman itu dengan sebahagian dananya diperoleh daripada peruntukan PPP Felda.

"Projek ini mendapat kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat dan halia muda dipilih berikutan mempunyai pasaran yang tinggi," katanya ditemui ketika melawat projek contoh tanaman halia di Felda Jaya Selatan.

Karip berkata, halia muda mengambil masa lima bulan untuk matang dengan harga pasaran mencecah RM8 sekilogram.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2020 @ 5:36 PM