KARIP Salleh dalam sidang akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jempol keluar parti  dan memberi sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin
KARIP Salleh dalam sidang akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jempol keluar parti dan memberi sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin
Abnor Hamizam Abd Manap


TIGA projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai sebelum ini bakal siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Ketua Peneroka Negeri Sembilan Karip Mohd Salleh berkata, PGBF berkenaan adalah Felda Palong Lapan, Jempol serta Felda Bukit Jalor dan Felda Bukit Rokan Utara di Tampin.

Katanya, ia membabitkan jumlah keseluruhan 900 rumah PGBF yang sebelum ini gagal disiapkan mengikut jadual dan terbengkalai selama tiga tahun.

"Kita dimaklumkan pihak berkaitan dalam mengenal pasti individu yang layak membeli kediaman berkenaan. Borang akan diedar kepada generasi kedua Felda tidak lama lagi.

"Tiga projek berkenaan adalah PGBF yang terbengkalai melebihi 70 peratus, ia diberi keutamaan untuk disiapkan oleh kerajaan," katanya.

Karip berkata, beberapa projek sama seperti di Felda Pasoh Dua dan Felda Pasoh Tiga akan turut disiapkan selepas tiga projek PGBF selesai.

Katanya, keutamaan ketika ini adalah untuk menyiapkan tiga projek itu dahulu.

Dalam perkembangan lain, Karip berkata, peneroka di Wilayah Raja Alias perlu berhati-hati dalam semua urusan berkaitan penjualan tanah mereka kepada pihak lain.

"Bagaimanapun, ketika ini, Felda dan kerajaan negeri belum menerima permohonan daripada pelabur bagi memajukan tanah ladang milik peneroka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 3:05 PM