PALESTIN (baju merah) hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke pusingan seterusnya. -FOTO Reuters
PALESTIN (baju merah) hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke pusingan seterusnya. -FOTO Reuters
AFP

Hong Kong: Palestin mencipta sejarah apabila menempah tempat ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia Fifa buat pertama kali selepas melakar keputusan seri tanpa jaringan menentang Lubnan di Doha.

Biarpun masih berperang di Gaza, pasukan Palestin sudah pun mencatat sejarah bola sepak tahun ini apabila berjaya membuat penampilan sulung di peringkat kalah mati Piala Asia.

Semalam Palestin yang berada dalam Kumpulan I dengan tujuh mata, hanya memerlukan keputusan seri untuk mara dan mereka memperoleh keputusan yang diingini walaupun permainan kasar dipamerkan barisan pemain Lubnan sehingga dilayangkan tujuh kad kuning.

Palestin juga turut mara buat kali keempat berturut-turut ke pusingan akhir Piala Asia AFC, yang akan dihoskan oleh Arab Saudi pada 2027.

Barisan pemain di bawah kendalian Makram Daboub itu seterusnya akan menentang Australia pada 11 Jun ini.

Socceroos sebelum ini menang 2-0 ke atas Bangladesh di Dhaka.

Nestory Irankunda yang akan menyertai Bayern Munich, dilahirkan di kem pelarian di Tanzania selepas ibu bapanya melarikan diri dari pergolakan di tanah air mereka, Burundi.

Dia membuat penampilan pertamanya untuk Australia yang masih belum tewas setakat ini.

Pemain berusia 18 tahun itu menyumbang gol pertama pada minit ke-29 apabila hantaran pendeknya menemui Ajdin Hrustic untuk merembat masuk dari jarak jauh.

Kusini Yengi kemudiannya menanduk masuk untuk gol kedua Australia selepas perlawanan bersambung selepas rehat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Jun 2024 @ 9:08 AM