DR DZULKEFLY. FOTO Arkib NSTP
DR DZULKEFLY. FOTO Arkib NSTP
Amirul Aiman Hamsuddin

Kuala Selangor: Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad disahkan negatif Covid-19.

Dr Dzulkefly berkata, beliau dimaklumkan ujian kali kedua yang dijalankan ke atasnya adalah negatif.

"Alhamdulillah, baru diberitahu ujian Covid-19 kali kedua ke atas saya, sekali lagi negatif.

"Jutaan terima kasih di atas doa ibu, keluarga dan sahabat semua," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19 supaya segera sembuh.

"Memanjat doa munajat untuk sahabatku (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri) diberi 'syifa' dan dijauhkan Allah dari segala komplikasi," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya meneruskan amalan prosedur operasi standard (SOP) secara tegas dan konsisten.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 9:38 AM