ABDUL Hamid. FOTO Bernama
ABDUL Hamid. FOTO Bernama
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan dirinya juga diminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin kendiri di kediamannya selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri disahkan positif Covid-19.

Abdul Hamid berkata, dia dinasihatkan turut kuarantin kendiri selepas menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri Zulkifli pada 3 Oktober lalu.

"Ya saya juga kini sedang kuarantin dan sudah membuat swab test (ujian calitan) yang pertama 2.30 petang tadi dan didapati negatif," katanya ketika dihubungi malam ini.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (gambar) mengesahkan beliau kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2020 @ 11:54 PM