YB Datuk Seri Bung Mokhtar Radin hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Calun DUN Karambunai & DUN Darau di BTC, Inanam.
YB Datuk Seri Bung Mokhtar Radin hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Calun DUN Karambunai & DUN Darau di BTC, Inanam.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kota Kinabalu: Kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) boleh dihukum rakyat sekiranya gagal melaksanakan Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Janji itu dilontarkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, GRS memberi jaminan untuk terus komited melaksanakan Aku Janji berkenaan dalam tempoh lima tahun mandat diberikan.

Menurutnya, ia dibuat selepas mengambil kira pelbagai keselamatan dan kedaulatan Sabah yang akan sentiasa dipelihara.

"Rakyat tidak perlu bimbang dengan manifesto ini kerana jika tidak ditunaikan kerajaan ini (kerajaan negeri PN, BN dan PBS) pun tidak sampai satu penggal atau setengah penggal saja.

"Kita cukup komited untuk melaksanakan Aku Janji ini demi semangat pertiwi, kerajaan lebih adil, berintegriti dan amanah," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Aku Janji GRS di sini, semalam.

Aku Janji sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ini dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir, Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor; Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Radin Malleh dan Setiausaha Agung PN, BN, PBS dan PAS.

Aku Janji itu menggariskan sembilan teras utama merangkumi infrastruktur, ekonomi, peluang pekerjaan, perkhidmatan awam, kesihatan dan kesejahteraan rakyat, pendidikan modal insan, keselamatan, belia, pembangunan wanita.

Sementara itu, Hajiji berkata, Aku Janji GRS ini adalah usaha untuk membawa Sabah ke era dan harapan baharu selepas PN, BN dan PBS selepas mengambil alih tampuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, Sabah mampu memacu pembangunan lebih menyeluruh sekiranya mempunyai hubungan baik dan sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, kepimpinan Muhyiddin sudah terbukti berjaya melakukan yang terbaik kepada negara dan Sabah walaupun baru mengambil alih pentadbiran.

"Saya yakin jika berpaksikan hak Sabah di bawah Penjanjian Malaysia (MA63), Aku Janji ini akan menjadi satu keistimewaan bagi rakyat Sabah dalam PRN.

"Di peringkat Persekutuan, kita ada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, jadi Aku Janji ini adalah tawaran lebih baik untuk memulihkan ekonomi yang dihancurkan pentadbiran Parti Warisan Sabah (Warisan)," katanya.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 4:58 PM