Ismail Sabri (dua dari kanan) hadir mesyuarat GRS di sebuah hotel di Kota Kinabalu. FOTO Aswadi Alias.
Ismail Sabri (dua dari kanan) hadir mesyuarat GRS di sebuah hotel di Kota Kinabalu. FOTO Aswadi Alias.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kota Kinabalu: Naib Presiden UMNO Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sebuah hotel di sini, dipercayai untuk menghadiri mesyuarat berhubung pelantikan Ketua Menteri (KM) Sabah yang baharu.

Difahamkan, mesyuarat itu membabitkan pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ismail Sabri tiba pada 11.55 pagi diikuti Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sehingga 12.30 tengah hari, masih belum ada pengumuman siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas GRS memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan majoriti mudah.

GRS membabitkan kerjasama PN, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 12:31 PM