GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


ENAM kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 9,397 kes dengan jumlah 154 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di Indonesia dan Bangladesh membabitkan tiga individu bukan warganegara dilaporkan di Kuala Lumpur.

"Daripada tiga kes penularan dalam negara terdapat dua kes daripada Kluster Benteng LD dan satu kes lagi membabitkan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dikesan di pusat perubatan yang kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak dua kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,115 kes atau 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 128 kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 5:26 PM