Pegawai penguatkuasa KPDNHEP membawa penjual pakaian tiruan ke.mahkamah. FOTO Ihsan KPDNHEP.
Pegawai penguatkuasa KPDNHEP membawa penjual pakaian tiruan ke.mahkamah. FOTO Ihsan KPDNHEP.
Baharom Bakar


PEMILIK kedai menjual pakaian didenda RM21,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana memiliki 176 unit pakaian dan aksesori tiruan pelbagai jenama bernilai lebih RM20,000.

Tertuduh, Muhammad Arif Hakimi Ariffin, 30, turut berdepan hukuman dua bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan mengikut Seksyen 102 (1) (b) Akta Cap Dagangan 2019.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membekalkan 176 unit pakaian dan aksesori tiruan pelbagai jenama iaitu Adidas, Nike, Louis Vuitton, Gucci dan Levis di sebuah premis di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, pada 13 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) Terengganu, Abd Majid Mat Jusoh.

Tertuduh kemudian dibebaskan selepas menjelaskan denda dikenakan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2020 @ 6:08 PM