KELIBAT dua wanita yang dirakam CCTV.
KELIBAT dua wanita yang dirakam CCTV.
Norzamira Che Noh


KUALITI rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rendah menyebabkan polis sukar untuk mengesan suspek sebenar yang menconteng mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman sedang mencari ruang untuk mengesan suspek kes itu.

"Beberapa faktor yang menyebabkan suspek sukar dikesan antaranya lokasi mural itu yang agak terpencil, gelap dan tidak banyak CCTV di kawasan sekitar.

"Rakaman CCTV yang berkualiti rendah juga menyebabkan kita sukar untuk 'enhance' gambar pelaku yang terdapat dalam video berkenaan.

"Bagaimanapun, kita ada cara lain untuk mengesan suspek dan serahkan kepada kami untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program 'Neighourhood Watch' di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam juga sudah memanggil beberapa individu untuk membantu dalam siasatan kes berkenaan.

Pada 20 Julai lalu, media melaporkan dua kelibat wanita dipercayai suspek menconteng mural pemimpin negara melalui satu rakaman CCTV.

Rakaman video selama dua minit 20 saat itu menunjukkan sebuah kereta diletakkan di sebelah lorong dinding bangunan mural sebelum kelibat dua individu terbabit muncul menconteng mural berkenaan.

Ketika diminta mengulas tindakan Mohd Asri Hamid, 42 yang membongkarkan kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh, beliau berkata, orang ramai boleh melaporkan kegiatan jenayah tanpa mendedahkan maklumat diri dengan menggunakan Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Katanya, VSP lebih selamat yang mana pengadu boleh berkongsi video ataupun gambar salah laku tanpa perlu menyertakan nama sebenar mereka.

Berita berkaitan

Isu conteng mural pemimpin, polis dapatkan bantuan pakar

Siasatan conteng mural pemimpin negara selesai dalam masa terdekat

Polis sudah tahu siapa conteng mural pemimpin negara

Polis sudah ada petunjuk, sasaran penconteng mural

Conteng mural pemimpin: Kelibat dua wanita dirakam

Conteng mural pemimpin: Sultan Selangor murka

Conteng lukisan mural pemimpin: MBSA lapor polis

Kecewa mural diconteng [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 4:19 PM