DIANGGARKAN 75 peratus rakyat Malaysia yang dicutikan sementara susulan penularan Covid-19 dijangka bekerja semula di Singapura. FOTO Arkib NSTP
DIANGGARKAN 75 peratus rakyat Malaysia yang dicutikan sementara susulan penularan Covid-19 dijangka bekerja semula di Singapura. FOTO Arkib NSTP
Omar Ahmad

DIANGGARKAN 75 peratus rakyat Malaysia yang dicutikan sementara susulan penularan wabak Covid-19 dijangka bekerja semula di Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad berkata, dianggarkan lebih 100,000 pekerja akan diambil semula oleh majikan di republik itu.

Katanya, ia hasil perbincangan yang diadakan antara kerajaan negeri dengan Singapura serta beberapa majikan yang kebanyakannya dalam sektor industri utama di republik berkenaan.

"Hasil perbincangan itu, setakat ini kira-kira 75 peratus daripada mereka akan diterima balik bekerja. 15 peratus lagi masih menunggu keputusan dan 10 peratus lagi menyatakan hasrat untuk tidak lagi bekerja.

"Kita harap masalah membabitkan pekerja Malaysia di Singapura tidak berlanjutan kerana kita sudah ada usaha untuk menyelesaikannya," katanya ketika ditemui dalam Program Ziarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Taman Impian Emas, Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuang.

Menurut Mohd Izhar, mengikut data yang diperolehi dianggarkan lebih daripada 100,000 rakyat Malaysia bekerja berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura setiap hari.

Katanya, pihak kerajaan negeri turut menyediakan program pasca Covid-19 bagi membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan baharu atau menambah kemahiran mereka.

Terdahulu Mohd Izhar menyerahkan faedah penakat kepada waris Nuruldin Abdul Rahman,34, yang meninggal dunia ketika berbasikal di Lebuhraya Ismail Sultan Taman Perling pada jam 12.59 pagi, 1 Julai lalu.

MOHD Izhar (dua kanan) menyampaikan sumbangan faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 kepada bapa pencarum, Abd Rahman di kediaman mereka.  FOTO Omar Ahmad
MOHD Izhar (dua kanan) menyampaikan sumbangan faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 kepada bapa pencarum, Abd Rahman di kediaman mereka. FOTO Omar Ahmad

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 6:10 PM