RUMAH setinggan di Jalan Peria 8, Taman Maluri berhampiran Kampung Pandan, di sini, terbakar awal pagi ini. FOTO ihsan Bomba
RUMAH setinggan di Jalan Peria 8, Taman Maluri berhampiran Kampung Pandan, di sini, terbakar awal pagi ini. FOTO ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


LIMA rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Peria 8, Taman Maluri berhampiran Kampung Pandan, Kuala Lumpur, hari ini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.16 pagi dan tiba di lokasi empat minit kemudian.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dengan kekuatan dua pegawai dan tujuh anggota bomba dibantu BBP Pudu, BBP Cheras dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba mendapati kebakaran membabitkan lima rumah setinggan musnah 100 peratus.

"Ketika BBP Pandan tiba BBP Pudu, Cheras dan Hang Tuah sudah berada di lokasi kebakaran dan usaha memadam api terus dijalankan.

"Kejadian tidak membabitkan mangsa dan kebakaran dapat dikawal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 11:14 AM