SEMUA penghuni sempat menyelamatkan diri daripada lebih 10 rumah yang musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
SEMUA penghuni sempat menyelamatkan diri daripada lebih 10 rumah yang musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: Lebih 10 rumah yang kebanyakan disewa warga asing musnah dalam kebakaran di Jalan 7, Kampung Pandan, 2.15 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan selepas semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Ruhisha Haris berkata, kebakaran membabitkan kawasan seluas 930 meter persegi.

Menurutnya, 42 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP KLCC, BBP Hang Tuah, BBP Tun Razak dan BBP Keramat terbabit dalam operasi pemadaman.

"Api berjaya dikawal pada 3.07 pagi. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik bomba," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2017 @ 8:35 AM