SUASANA sekitar banjir melanda beberapa buah daerah di Sabah. FOTO ihsan APM Sabah
SUASANA sekitar banjir melanda beberapa buah daerah di Sabah. FOTO ihsan APM Sabah
Rafiqah Dahali


JUMLAH mangsa banjir di beberapa daerah terjejas di Sabah menurun sedikit kepada 705 orang pada 8 pagi ini.

Ia berbanding 726 orang, pada tengah malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah merangkap Sekretariat Pengurusan Bencana Sabah, Kolonel Kamal Mokhtar berkata, mangsa ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

"Empat daerah itu adalah Kota Belud, Papar, Beaufort dan Tenom.

"Jumlah PPS kekal sama sejak tengah malam tadi," katanya.

Kamal turut menjelaskan enam daerah lain, Beaufort, Tuaran, Putatan, Keningau, Pitas dan Kota Marudu.

Bagaimanapun, tiada PPS dibuka bagi menempatkan mangsa di daerah berkenaan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 9:52 AM