ANGGOTA pasukan keselamatan mengagihkan makanan kepada mangsa banjir. FOTO ihsan APM
ANGGOTA pasukan keselamatan mengagihkan makanan kepada mangsa banjir. FOTO ihsan APM
Amniera Naziera Amran


JUMLAH mangsa banjir di Membakut, Beaufort, setakat 9 pagi, hari ini meningkat kepada 626 orang berbanding 590 orang, 9 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Kamal Mokhtar berkata, ia membabitkan 218 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak kelmarin.

"Seramai 463 mangsa daripada 162 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick dan 127 mangsa daripada 45 keluarga ditempatkan PPS Dewan Serbaguna Membakut.

“Seramai 36 mangsa daripada 11 keluarga turut dipindahkan ke PPS Bangunan KAFA sejak semalam susulan pertambahan mangsa banjir, " katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamal berkata, cuaca di Membakut pada ketika ini tidak hujan dan paras air di Sungai Membakut menurun kepada 6.34 meter iaitu pada paras amaran setakat 9 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 11:36 AM