Pasukan bomba menyelamatkan beberapa penduduk yang terjejas akibat banjir di salah sebuah kampung di Penampang. FOTO Ihsan Bomba dan Penyelamat
Pasukan bomba menyelamatkan beberapa penduduk yang terjejas akibat banjir di salah sebuah kampung di Penampang. FOTO Ihsan Bomba dan Penyelamat
BERNAMA

Kuala Lumpur: Satu-satunya negeri yang masih terjejas akibat banjir, Sabah merekodkan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 445 orang daripada 135 keluarga petang ini berbanding 443 orang daripada 134 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di empat daerah iaitu Beaufort, Kota Belud, Papar dan Tenom.

Beaufort merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 249 orang daripada 76 keluarga; Kota Belud (129 orang daripada 35 keluarga); Papar (41 orang daripada 18 keluarga) dan Tenom (26 orang daripada lima keluarga).

Secara keseluruhannya, sebanyak 111 kampung masih terjejas banjir setakat ini, selain hujan di beberapa daerah termasuk Kota Belud dan Beaufort.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 6:23 PM