OPERASI SAR dijalankan anggota bomba, polis dan penduduk. FOTO Ahmad Ismail
OPERASI SAR dijalankan anggota bomba, polis dan penduduk. FOTO Ahmad Ismail
Ahmad Ismail


KANAK-kanak perempuan dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Parit Bugis, Panchor, Muar, petang tadi.

Difahamkan, mangsa, Priaangka Sivasankar, 10, dilihat terjatuh ke dalam parit sebelum orang ramai memaklumkan kejadian kepada Balai Polis Panchor.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Hairulnizam Redzuan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.22 petang tadi.

"Seramai tujuh anggota dan seorang pegawai serta sebuah jentera penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya hari ini.

Katanya, setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum menemui sebarang petunjuk.

"Selain mencari mangsa di permukaan air parit sedalam kira-kira dua meter, kami turut menyusuri arah kuala Sungai Besar Panchor sejauh 1.5 kilometer," katanya.

Hairulnizam berkata, paras air dalam parit itu meningkat disebabkan hujan lebat beberapa jam sebelumnya.

"Operasi pencarian pada waktu malam masih berterusan dengan bantuan tambahan anggota serta kelengkapan dari BBP Muar, Segamat dan Bukit Gambir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 11:17 PM