SUHU badan pelanggan dipambil sebelum memasuki premis perniagaan yang telah dibuka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). FOTO Asyraf Hamzah
SUHU badan pelanggan dipambil sebelum memasuki premis perniagaan yang telah dibuka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). FOTO Asyraf Hamzah
Asrol Awang


KERAJAAN Pahang bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berdasarkan pengubahsuaian wajar prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata penekanan utama ialah aspek penguatkuasaan yang akan dipertingkatkan oleh agensi penguatkuasaan termasuk dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, langkah itu bagi memastikan kesihatan awam atau rakyat terus terpelihara apabila sektor ekonomi dan sektor awam tertentu dibuka semula sepertimana ditetapkan di bawah PKPB.

"Kerajaan Pahang sudah menurunkan kuasanya kepada PBT ini sepertimana dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, Rabu lalu.

"Perkara ini juga turut dibincang dan diperhaluskan lagi pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri yang saya pengerusikan, hari ini.

"Apa yang Kerajaan Pahang lakukan ini selari dengan kenyataan media pada 3 Mei lalu iaitu antara lain menyebut tentang sokongan tetapi meminta untuk mengkaji dan memperhalusinya supaya sesuai dengan kedudukan semasa penularan wabak pandemik Covid-19 di Pahang'," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 5:23 PM