GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Hazsyah Abdul Rahman


SERAMAI 66 individu ditahan atas pelbagai kesalahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, sejak 18 Mac lalu hingga semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, pihaknya membuka 61 kertas siasatan bagi semua tangkapan di seluruh perairan Sabah itu.

Menurutnya, kesalahan termasuk melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Dalam pada itu, terdapat juga tangkapan yang dibuat membabitkan kes penyeludupan.

"Bagi tempoh sama juga, jumlah rampasan dalam kes berkenaan bernilai RM8.4 juta," katanya pada sidang media di Sandakan.

Mohamad Pajeri berkata, untuk tahun ini pula, pihaknya sudah melakukan 449 kes tangkapan bermula Januari.

"Ia membabitkan rampasan bernilai RM 12.9 juta. Sekali gus, ia memperlihatkan anggota PPM Wilayah Empat memberikan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2020 @ 9:56 AM