Shamran Sarahan dan Suraya Roslan


FAEDAH dikenakan premis pajak gadai sebanyak dua peratus adalah dibenarkan mengikut undang-undang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya dimaklumkan jika premis berkenaan mengenakan faedah tidak melebihi dua peratus ia tidak menyalahi undang-undang.

"Jadi kalau ada premis pajak gadai mengenakan faedah tidak melebihi dua peratus saya kira itu adalah perkara dibenarkan.

SEBUAH premis pajak gadai. FOTO Mohd Azren Jamaludin
SEBUAH premis pajak gadai. FOTO Mohd Azren Jamaludin

"Tetapi kalau ada yang kenakan faedah melebihi dua peratus saya harap boleh laporkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana itu di bawah bidang kuasa mereka," katanya pada sidang media harian hari ini.

Selepas 47 hari tidak beroperasi, premis pajak gadai menjadi tumpuan orang ramai pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Fenomena orang ramai beratur menunggu giliran untuk memasuki premis itu menjadi tular di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2020 @ 3:28 PM