SIMPANAN emas di pajak gadai Islam dijamin selamat kerana emas simpanan adalah diinsuranskan 100 peratus.
SIMPANAN emas di pajak gadai Islam dijamin selamat kerana emas simpanan adalah diinsuranskan 100 peratus.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


RAKYAT Malaysia kini semakin cakna mengenai kepentingan emas sebagai simpanan untuk masa hadapan.

Biarpun harga logam berharga itu dilihat semakin meningkat, namun masyarakat tetap berlumba-lumba membeli emas untuk dijadikan perhiasan, simpanan dan pelaburan.

Biar apa pun tujuan untuk membeli emas, anda perlu mengetahui cara penyimpanan yang betul kerana jika tidak, ia berisiko merosakkannya terutama barangan kemas perhiasan.

Suatu ketika dahulu, masyarakat gemar menyimpan barang kemas dalam bekas biskut, bawah bantal, malah dalam almari yang tidak dikunci.

Kebiasaannya, barang kemas emas juga disimpan secara berlonggok-longgok dalam satu bekas dan kaedah itu sebenarnya kurang sesuai

Antara kaedah popular untuk menyimpan barang kemas perhiasan adalah dengan menyimpannya dalam kotak perhiasan bagi menjaga kualiti supaya tidak mudah bercalar atau rosak.

Barang kemas perhiasan seperti cincin dan rantai juga tidak boleh dicampurkan bersama-sama, malah perlu mempunyai kotak masing-masing.

Selain itu, antara cara terbaik penyimpanan emas bukan perhiasan seperti jongkong emas, syiling emas atau dinar emas adalah dengan menyimpan dalam peti keselamatan.

Bukan sahaja berguna untuk menyimpan emas dengan betul, malah peti keselamatan juga lebih selamat.

Selain itu, ada cara lain untuk menyimpan emas dengan selamat iaitu dengan menyimpan di Ar-Rahnu Express yang menawarkan pembiayaan sementara sehingga tempoh sembilan bulan.

Ia bukan sekadar menawarkan pembiayaan bagi yang memerlukan di ketika waktu kecemasan, tetapi juga adalah tempat selamat untuk mereka yang ingin meninggalkan rumah dalam tempoh lama seperti pulang ke kampung halaman, bercuti ataupun menunaikan haji dan umrah.

RAKYAT Malaysia kini semakin cakna mengenai kepentingan emas sebagai simpanan untuk masa hadapan.
RAKYAT Malaysia kini semakin cakna mengenai kepentingan emas sebagai simpanan untuk masa hadapan.

Antara kelebihan lain menyimpan di pajak gadai Islam itu ialah tawaran pembiayaan sehingga 75 peratus yang diberikan kepada barang kemas emas baik perhiasan atau emas pelaburan mengikut harga emas semasa.

Menerusi itu, pembiayaan sementara yang diperoleh boleh digunakan sebagai duit tambahan untuk menunaikan haji atau umrah mahupun duit poket ketika bercuti panjang.

Lebih menarik, upah simpan yang dikenakan adalah tetap, walaupun emas yang disimpan banyak, namun upah simpan tetap tidak berubah iaitu sebanyak satu peratus sahaja.

Simpanan emas di pajak gadai Islam itu juga dijamin selamat kerana emas simpanan adalah diinsuranskan 100 peratus.

Malah, ia juga adalah satu-satunya Ar-Rahnu yang menerima barang kemas bertatahkan berlian dan batu permata serta barang kemas Habib Oro Italia 916 untuk simpanan.

Keistimewaan lain menyimpan barang kemas di pajak gadai itu adalah ia beroperasi setiap hari dan cuti umum terpilih selain proses transaksi yang lebih cepat dengan penambahan sistem angka giliran QueueBee.

AR-Rahnu Express beroperasi setiap hari.
AR-Rahnu Express beroperasi setiap hari.

Aplikasi Queuebee itu boleh dimuat turun secara percuma oleh pelanggan dan lebih menariknya, pelanggan boleh mengambil nombor terlebih dahulu dan nombor akan dipanggil menerusi aplikasi terbabit.

Kesimpulannya, ia bukan sekadar pajak gadai yang memberikan pembiayaan sebaliknya bertujuan untuk membantu masyarakat mendapatkan ketenangan minda selari dengan prinsipnya sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2022 @ 6:07 AM