PEMILIK restoran di Telok Gadong, Klang, Mohd Zaid Salleh, 52, menyusun meja dan kerusi bagi membuat persediaan awal sejurus kerajaan mengumumkan hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei ini, tertakluk kepada syarat dan penguatkuasaan standard prosedur operasi (SOP). FOTO Faiz Anuar

Ahmad Rabiul Zulkifli

"INI berita paling gembira untuk semua peniaga terutama 1,800 peniaga Pasar Kedai Payang 2 (PKP2), " kata Naib Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu (PPPKMT), Zakaria Yusof, hari ini.

Zakaria berkata, pengumuman mengenai kebenaran berniaga itu memberi keceriaan kepada semua peniaga termasuk Terengganu.

"PPPKMT mempunyai 3,200 ahli yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan termasuk barangan kemas, sutera dan tembaga selain kedai makan dan runcit.

"Semua ahli yang juga peniaga terjejas teruk sepanjang 44 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa terutama peniaga di PKP2.

"Rata-rata peniaga sudah kehabisan wang simpanan dan ramai pekerja dan pembantu kedai hilang pendapatan kerana perniagaan tidak beroperasi," katanya.

ZAKARIA Yusof. FOTO ihsan Zakaria Yusof
ZAKARIA Yusof. FOTO ihsan Zakaria Yusof

Beliau berkata, dia dan semua ahli berasa lega apabila kerajaan memberi kebenaran berniaga, sekali gus mengembalikan kestabilan ekonomi peniaga di Terengganu.

"Bagaimanapun kami akur dengan syarat dan peraturan ditetapkan termasuk mengamalkan penjarakan sosial di antara pelanggan dan peniaga.

"Tidak kisah apa sahaja syarat dan peraturan ditetapkan asalkan kami boleh berniaga seperti biasa.

"Sekiranya perniagaan berterusan dihalang beroperasi kebarangkalian potensi untuk peniaga kecil dan sederhana gulung tikar sangat besar," katanya.

Berita berkaitan:

  • Aktiviti ekonomi dibuka mulai 4 Mei
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2020 @ 5:25 PM