Norzamira Che Noh


KERAJAAN Selangor memperuntukkan RM127.78 juta menerusi tujuh Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari.

Amirudin berkata pembiayaan berkenaan adalah daripada Perbendaharaan Negeri serta sumbangan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anak syarikat kerajaan negeri.

AMIRUDIN Shari. FOTO FAIZ ANUAR
AMIRUDIN Shari. FOTO FAIZ ANUAR

“Menerusi pakej ini, kita akan memberikan insentif ‘one off’ sebanyak RM200 kepada 6,000 petugas kesihatan di sembilan hospital milik kerajaan di Selangor yang mana membabitkan peruntukkan RM1.2 juta.

“Kerajaan negeri juga menyediakan bantuan sara diri ‘one off’ sebanyak RM200 kepada 2,500 pelajar anak Selangor di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 11:57 AM