SEEKOR Penyu Agar seberat 100 Kilogram ditemui mati di persisiran Pantai Teluk Kemang Port Dickson semalam.
SEEKOR Penyu Agar seberat 100 Kilogram ditemui mati di persisiran Pantai Teluk Kemang Port Dickson semalam.
Mohd Khidir Zakaria


SEEKOR penyu agar ditemui mati terdampar di pantai Teluk Kemang, Port Dickson, hari ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanip berkata, penyu jantan dengan berat lebih 100 kilogram dianggarkan berusia lebih 40 tahun itu ditemui orang awam.

Beliau berkata, kakitangan jabatan itu bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan penyu itu dipercayai sudah beberapa hari mati di tengah laut dan dihanyutkan ombak ke pesisiran pantai.

“Pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan cedera pada penyu berkenaan dan kami belum pasti punca kematiannya.

“Reptilia marin terancam itu wujud dalam populasi sedikit di Negeri Sembilan dan penting untuk dipelihara,” katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 7:36 PM