Jabatan Perikanan Negeri Sembilan melabuhkan 25 buah tukun tiruan di perairan Port Dickson tahun lalu dan diteruskan buat tahun ini.
Jabatan Perikanan Negeri Sembilan melabuhkan 25 buah tukun tiruan di perairan Port Dickson tahun lalu dan diteruskan buat tahun ini.
Mohd Amin Jalil


Seremban: Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) akan melabuhkan 25 tukun tiruan di perairan pantai Teluk Kemang, Port Dickson, bagi menggalakkan peningkatan populasi ikan di kawasan itu.

Pengarahnya, Halimi Abu Hanip berkata, semua tukun tiruan konkrit itu dijangka dilabuhkan bulan hadapan di kawasan sekitar dua hingga tiga batu nautika dari pantai Teluk Kemang dengan kedalaman sekitar 20 meter.

Beliau berkata, pihaknya membelanjakan RM250,000 bagi membiayai projek membina dan melabuhkan tukun berkenaan.

"Ini peruntukan kedua dalam tempoh dua tahun. Tahun lalu, 25 tukun tiruan bagi menggalakkan pertumbuhan batu karang dilabuhkan di Kawasan Larangan Perikanan Tanjung Tuan.

"Kali ini, tukun konkrit dibuat khusus untuk tujuan perikanan rekreasi seperti aktiviti pemancing dan nelayan kail mengail. Ini kerana Port Dickson selain sebuah kawasan pantai peranginan terkenal, ia popular dalam kalangan pemancing, bukan sahaja dari negeri ini, malah seluruh negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2020 @ 4:32 PM