LOKASI tarikan gulungan jerami di Jalan Baru Yan terbakar. FOTO Ihsan Bomba
LOKASI tarikan gulungan jerami di Jalan Baru Yan terbakar. FOTO Ihsan Bomba
Zuliaty Zulkiffli

LOKASI tumpuan pengunjung untuk mengambil gambar di gulungan jerami di Jalan Baru Yan menghala ke Pulau Bunting, Yan, terbakar, hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi, kebakaran itu membabitkan kawasan seluas lima hektar

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.11 pagi berhubung kebakaran itu.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan diketuai Pegawai Bomba Kanan II Radhi Talib dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan kawasan jerami padi berkeluasan 14 ekar (lima hektar), namun tidak membabitkan mangsa.

“Tindakan pemadaman turut dibantu anggota BBP Tikam Batu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Februari 2020 @ 9:44 PM