Ilah Hafiz Aziz dan Luqman Arif Abdul Karim


PKR masih berada dalam keadaan tenteram meskipun berdepan kemelut pengkhianatan didalangi bekas rakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH).

Itu kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Fuziah Salleh sebaik tiba di hadapan kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menaiki Proton Perdana berwarna hitam.

Ditanya mengenai pendirian terhadap segelintir parti komponen PH yang didakwa melakukan pengkhianatan, Fuziah sambil memberikan salam menjelaskan PKR masih ‘okay’.

“Tak okay yang matlamat lain,” katanya.

FUZIAH tiba di kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. FOTO Eizairi Shamsudin
FUZIAH tiba di kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. FOTO Eizairi Shamsudin

Terdahulu, beberapa pemimpin parti komponen PH dilihat hadir di rumah Anwar, termasuk Timbalan Menteri Pelancongan dan Seni Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew; Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Difahamkan, pemimpin parti komponen PH hadir di rumah Anwar selepas Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan mengambil keputusan mengadakan mesyuarat khas.

Terbaru, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali tiba di rumahnya, pada jam 10.34 malam tadi.

Berita berkaitan

'Mungkin esok atau lusa. Bukan hari ini'

Senyum dan tunjuk isyarat positif

Pengkhianatan Bersatu, segelintir ahli PKR [METROTV]

Dr Wan Azizah keluar naik Perodua Myvi

Krisis politik di Perak jadi panduan

Pertemuan pemimpin tertinggi tiga parti

130 kerusi memihak Tun M [METROTV]

Jangan khianati mandat rakyat

Kenderaan VIP tinggalkan Istana Negara [METROTV]

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Mohd Amar: Tunggu dan lihat

'Ya, semua diarahkan ke sini'

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar [METROTV]

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

‘Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi’ [METROTV]

20 kenderaan VIP ke Istana Negara [METROTV]

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas' [METROTV]

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 10:49 PM