Mohd Nasaruddin ParziMuhammad Yusri MuzamirAhmad Suhael AdnanFahmy A RosliSuraya RoslanRaja Noraina Raja RahimYusmizal Dolah Aling dan Teh Athira Yusof and Arfa Yunus


PEMIMPIN tertinggi tiga parti hadir Majlis Makan Malam: Muafakat Ahli Parlimen di Hotel Sheraton, Petaling Jaya malam ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba jam 8 malam diikuti Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi yang tiba pada 8.10 malam dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 8.12 malam.

Selain itu, turut kelihatan hadir Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin.

AHMAD Zahid Hamidi.
AHMAD Zahid Hamidi.

Difahamkan, semua ahli parlimen parti berkenaan dipanggil memasuki bilik yang dipaparkan kain rentang ‘Majlis Makan Malam: Muafakat Ahli Parlimen’.

Dijangka beberapa pemimpin kanan parti akan hadir malam ini termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kehadiran kesemua pemimpin parti itu menguatkan lagi spekulasi pembentukan penjajaran semula kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 8:36 PM