Gambar fail, Istana Negara.
Gambar fail, Istana Negara.
Luqman Arif Abdul Karim


PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ini sudah berada di Istana Negara selepas menerima perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Pegawai Ahmad Zahid yang enggan namanya disiarkan berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu hanya hadir mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk 15 minit.

Selepas tiba di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada 5.45 petang, beliau berkata, Ahmad Zahid memberikan amanat kepada ahli MKT sebelum beredar meninggalkan mesyuarat untuk ke istana.

“Datuk (Zahid) dah ada di istana sekarang lepas masuk mesyuarat sekitar 10 hingga 15 minit tadi.

“Setakat ini, hanya presiden yang ke istana, pemimpin lain saya tidak tahu pula,” katanya kepada BH, hari ini.

Terdahulu, semua ahli MKT UMNO diberikan arahan untuk berkumpul di Menara Dato’ Onn, awal pagi tadi.

Setiausaha Agungnya Tan Sri Annuar Musa, dilaporkan berkata perjumpaan khas, sejak jam 3 petang tadi adalah susulan arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Annuar berkata MKT tidak dimaklumkan mengenai sebarang agenda mesyuarat khas yang bakal dipengerusikan presiden.

Berita berkaitan

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

'Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi'

20 kenderaan VIP ke Istana Negara

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 6:51 PM