Luqman Arif Abdul Karim


PIMPINAN UMNO dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, hari ini.

BH Online melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang enggan namanya didedahkan berkata tiada perkara besar atau maklumat penting akan dibuat di Menara Dato Onn.

Sebaliknya, beliau berkata, perkembangan paling penting dan bakal melakar peristiwa akan berlaku dalam tempoh beberapa jam, selepas mesyuarat khas MKT di ibu pejabat UMNO yang baru selesai.

“Anda semua akan ketahui dalam beberapa jam lagi.

“Kalau betul apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tadi, pemimpin UMNO akan ke Istana Negara,” katanya kepada BH, hari ini.

Laporan Portal Harian Metro
Laporan Portal Harian Metro

Terdahulu, semua ahli MKT UMNO diberikan arahan untuk berkumpul di Menara Dato’ Onn, awal pagi tadi.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa, dilaporkan berkata perjumpaan khas, sejak jam 3 petang tadi adalah susulan arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Annuar berkata MKT tidak dimaklumkan mengenai sebarang agenda mesyuarat khas yang bakal dipengerusikan presiden.

Berita berkaitan

20 kenderaan VIP ke Istana Negara

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 6:24 PM